1. Deposit & Agreement
Deposit sebanyak RM300 dianggap sebagai tanda persetujuan dan pengesahan (agreement & confirmation) daripada pelanggan untuk menggunakan servis TheWeeksn Studio.
(A deposit of RM300 shall be regarded as the client’s agreement and confirmation to engage the services of TheWeeksn Studio.)
2. Refund Policy / Polisi Bayaran Balik
2.i. Pembatalan oleh Pelanggan atas Sebab Peribadi
(Client’s Cancellation Due to Personal Reasons)
Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan atas sebab peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada pembatalan majlis, tidak jadi berkahwin, atau pertunangan yang dibatalkan, terma bayaran balik adalah seperti berikut:
(If the client cancels the booking due to personal reasons, including but not limited to event cancellation, marriage cancellation, or disengagement, the refund terms are as follows:)

A. Tempoh tempahan dibuat dua (2) bulan atau kurang sebelum tarikh majlis:
      ➤ Tiada bayaran balik (Non-refundable).

B. Tempoh tempahan dibuat tiga (3) hingga dua belas (12) bulan sebelum tarikh acara:
i. Pembatalan dibuat enam (6) bulan atau lebih sebelum acara:
   ➤ Bayaran balik penuh (100% refund).
ii. Pembatalan dibuat tiga (3) bulan sebelum acara:
   ➤ Bayaran balik sebanyak lima puluh peratus (50% refund).
iii. Pembatalan dibuat satu (1) bulan sebelum acara:
   ➤ Tiada bayaran balik (Non-refundable).

2.ii. Pembatalan atas Sebab Kecemasan atau Keadaan Luar Kawalan (Force Majeure)
(Cancellation Due to Emergency or Unforeseen Circumstances)
Sekiranya pembatalan berlaku akibat kematian, kemalangan, penyakit serius, kemasukan ke hospital (warded), atau rawatan intensif, bayaran balik akan dipertimbangkan mengikut jadual berikut:
(If the cancellation occurs due to death, accident, serious illness, hospitalization, or intensive medical treatment, refund will be considered as follows:)

A. Pembatalan dibuat dua (2) bulan sebelum acara:
   ➤ Bayaran balik sebanyak lima puluh peratus (50% refund).
B. Pembatalan dibuat satu (1) bulan sebelum acara:
   ➤ Tiada bayaran balik (Non-refundable).

2.iii. Tujuan Deposit
(Purpose of Deposit)
Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa deposit yang dibayar bukan merupakan keuntungan kepada penyedia perkhidmatan, tetapi bertujuan untuk mengunci tarikh acara (lock the event date) daripada ditempah oleh pelanggan lain.
(The client acknowledges and agrees that the deposit paid is not considered profit to the service provider, but serves as a date-lock guarantee to prevent other clients from booking the same event date.)

2.iv. Penilaian Khas & Bukti Sokongan
(Special Consideration & Supporting Documents)
Pihak penyedia perkhidmatan berhak untuk menilai setiap permohonan bayaran balik berdasarkan budi bicara munasabah (reasonable discretion) dan dokumen sokongan yang sah seperti sijil perubatan, laporan hospital, atau sijil kematian.
(The service provider reserves the right to evaluate each refund request based on reasonable discretion and valid supporting documents such as medical certificates, hospital reports, or death certificates.)

2.v. Pengesahan & Persetujuan
(Acknowledgement & Agreement)
Dengan membuat tempahan dan pembayaran deposit, pelanggan dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan dalam Polisi Bayaran Balik ini.
(By proceeding with the booking and deposit payment, the client is deemed to have read, understood, and agreed to all terms and conditions stated in this Refund Policy.)

3. Payment Terms
3.i. Bayaran Awal / Initial Payment
A. 90% daripada jumlah penuh (90% of total package price) perlu dijelaskan tiga (3) hari sebelum tarikh majlis.
(90% of the total package price must be paid at least three (3) days prior to the event date.)
B. Sekiranya bayaran tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan, TheWeeksn Studio berhak untuk membatalkan tempahan dan tidak hadir ke lokasi untuk sesi penggambaran.
(Failure to make the payment within the specified period grants TheWeeksn Studio the right to cancel the booking and refrain from attending the event.)

3.ii. Baki Bayaran / Remaining Payment
10% baki bayaran (10% remaining balance) perlu dijelaskan sejurus selepas teaser photo & video diserahkan kepada pelanggan.
(The remaining 10% balance must be settled immediately upon delivery of the teaser photo & video.)
Sekiranya bayaran baki tidak dibuat, theweeksn berhak untuk tidak serahkan hasil akhir Highlight Video
(Failure to pay the remaining balance will result in the full Highlight Video not being delivered to the client.)

4. Creative Direction & Expectations
(Arah Kreatif & Jangkaan)
4.i Keselarasan Gaya (Style Alignment)
Pelanggan hendaklah memastikan bahawa jangkaan mereka selari dengan arah kreatif (creative direction) yang ditetapkan oleh TheWeeksn Studio, termasuk tetapi tidak terhad kepada gaya penggambaran (shooting style), cara penyuntingan (editing approach), tone warna, dan gaya keseluruhan hasil akhir.
(Clients must ensure that their expectations are aligned with TheWeeksn Studio’s creative direction, including but not limited to shooting style, editing approach, color tone, and overall visual style.)

4.ii Persetujuan terhadap Arah Kreatif
Dengan membuat tempahan, pelanggan dianggap telah memahami dan bersetuju bahawa hasil akhir akan dihasilkan berdasarkan interpretasi kreatif (creative interpretation) serta gaya visual TheWeeksn.
(By proceeding with the booking, the client acknowledges and agrees that the final output will follow TheWeeksn’s creative interpretation and visual style.)

4.iii Photography Creative Direction (Arah Kreatif Fotografi)
TheWeeksn Studio mempunyai dua (2) kepakaran utama dalam gaya fotografi:
(TheWeeksn Studio specializes in two primary photography directions:)
a. Clean & Contrast Style
Gaya ini menekankan hasil yang tajam secara klinikal (clinically sharp), kontras tinggi, tanpa grain, dan tanpa blur.
Setiap penggambaran memerlukan setup pencahayaan (lighting setup) yang lebih terperinci dan teknikal bagi mencapai hasil yang bersih dan moden.
(This style emphasizes clinically sharp, high-contrast images with no grain or blur. It typically requires a more detailed and technical lighting setup to achieve a clean and modern result.)

b. Films & Moments Style
Gaya ini lebih kepada moment-driven, menampilkan keseimbangan antara gelap dan terang (dark & bright balance), dengan elemen motion blur, variasi kontras, dan emosi yang lebih natural.
Ia berfokus pada storytelling visual yang cinematic dan penuh perasaan.
(This style focuses on emotion and storytelling, featuring a balance of dark and bright tones, intentional motion blur, and varying contrast for a cinematic, organic feel.)

• Nota:
   - Seorang (1) jurugambar
   - Satu (1) gaya
Untuk menggabungkan kedua-dua gaya (Clean & Contrast + Films & Moments), ia memerlukan dua (2) jurugambar atau lebih.
(If only one photographer is booked, only one style can be selected. To combine both styles, two or more photographers are required to maintain creative consistency.)

4.iv. Videography Creative Direction (Arah Kreatif Videografi)
A. Fun, Enjoy, Fast & Playful Vibes
Gaya ini menonjolkan tenaga, keseronokan, dan spontaniti, dengan rentak cepat dan ekspresi semula jadi.
Hasil akhir bergantung kira-kira 70% kepada personaliti & emosi pelanggan dan 30% kepada gaya rakaman videografer.
(This style reflects fun, energy, and spontaneity, with fast-paced and expressive storytelling. The final result depends roughly 70% on the client’s personality and emotion, and 30% on the videographer’s input.)

B. Dreamy, Soft, Storytelling & Emotional Tone
Gaya ini menampilkan suasana lembut, minimal, dan kontras seimbang, dengan penekanan kepada storytelling dan emosi yang mendalam.
Hasil akhir dipengaruhi kira-kira 60% oleh interpretasi videografer dan 40% oleh pelanggan (termasuk setup, aesthetic, dan suasana majlis).
(This style focuses on soft, minimal, and emotional storytelling with balanced contrast. The final output is influenced approximately 60% by the videographer’s creative interpretation and 40% by the client’s environment, setup, and aesthetic choices.)
5. Liability & Equipment Responsibility (Tanggungjawab & Liabiliti Peralatan)
5.i. Kerosakan Peralatan oleh Pihak Ketiga
Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya mana-mana peralatan milik TheWeeksn Studio mengalami kerosakan akibat tindakan tetamu, ahli keluarga, kanak-kanak, atau mana-mana individu lain yang berada di lokasi acara, selain daripada kecuaian pihak team kami.
(The client shall be fully responsible for any damage to TheWeeksn Studio’s equipment caused by guests, family members, children, or any other individuals present at the event venue, excluding damages resulting from the negligence of our team.)

5.ii. Kerosakan akibat Kelalaian atau Situasi Tidak Terkawal
Sekiranya peralatan rosak disebabkan oleh kelalaian pihak pelanggan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kanak-kanak yang tidak diawasi, pergaduhan, atau tindakan fizikal yang menyebabkan kerosakan, maka pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk:
Menanggung ganti rugi sepenuhnya (100%) sama ada dalam bentuk:
A. Nilai semasa peralatan (current market value); atau
B. Penggantian unit peralatan yang sama atau setara.
(If the equipment is damaged due to the client’s negligence, including but not limited to unsupervised children, fights, or physical actions causing damage, the client shall bear 100% liability, either by compensating the current market value or replacing the damaged equipment with an equivalent unit.)

5.iii. Kekecohan, Amukan, atau Pengusiran Team dari Lokasi
Sekiranya berlaku kekecohan, amukan, pertikaian, atau tindakan menghalau team TheWeeksn Studio daripada lokasi penggambaran, pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian tersebut dan bersetuju bahawa:
A. Tiada sebarang refund akan diberikan; dan
B. Tiada sebarang tuntutan ganti rugi boleh dibuat terhadap TheWeeksn Studio jika situasi tersebut berpunca sepenuhnya daripada pihak pelanggan.
(In the event of chaos, disputes, aggressive behavior, or any action resulting in TheWeeksn Studio’s team being removed from the event location, the client shall bear full responsibility. No refund or compensation claim shall be entertained if the situation arises entirely from the client’s side.)

Nota Penting:
Polisi ini diwujudkan bagi melindungi keselamatan kru, integriti peralatan, dan kelancaran perjalanan kerja sepanjang acara. Pelanggan digalakkan untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan lokasi dan ahli keluarga agar memberi kerjasama penuh sepanjang sesi penggambaran berlangsung.
(This policy exists to ensure the safety of the crew, protection of equipment, and smooth execution of services during the event. Clients are encouraged to inform venue management and family members to cooperate throughout the shoot.)
6. Our Responsibility / Tanggungjawab Kami
6.i. Penyediaan Peralatan & Keperluan Teknikal
TheWeeksn Studio akan menyediakan semua peralatan teknikal yang diperlukan bagi memastikan hasil kerja memenuhi creative direction yang telah dipersetujui, termasuk tetapi tidak terhad kepada: lighting, gimbal, kamera, SD cards, dan aksesori berkaitan.
(TheWeeksn Studio shall provide all necessary technical equipment to ensure the final output aligns with the agreed creative direction, including but not limited to lighting, gimbal, cameras, SD cards, and related accessories.)

6.ii. Kehadiran & Tempoh Liputan Acara
Team TheWeeksn Studio akan hadir ke lokasi acara pada tarikh dan masa yang telah dipersetujui bersama, serta akan bekerja mengikut jumlah jam liputan yang dinyatakan dalam pakej tempahan.
Sekiranya terdapat keperluan untuk sambungan masa (extension), ia boleh dipertimbangkan berdasarkan budi bicara profesional pihak team.
(TheWeeksn Studio team shall attend the event location on the agreed date and time, working within the coverage duration specified in the package. Any additional time requested will be subject to the team’s professional discretion.)

6.iii. Penyediaan Semua Features dalam Pakej
Semua features atau elemen yang dijanjikan di dalam pakej akan disediakan sepenuhnya tanpa sebarang pengurangan.
(All features or elements included in the selected package will be provided in full without any omission.)

6.iv. Jaminan Penyerahan Produk Akhir (Deliverables Guarantee)
Sekiranya berlaku kelewatan dalam penyerahan produk akhir (deliverables) melebihi tarikh yang dijanjikan, pelanggan berhak untuk menuntut refund mengikut jaminan yang telah ditetapkan dalam polisi perkhidmatan kami.
(If the final deliverables are delayed beyond the agreed delivery date, the client is entitled to a refund in accordance with the stated service guarantee policy.)

6.v. Ciri Tambahan Percuma (Free Features / Complimentary Add-ons)
A. Semua ciri atau servis tambahan percuma (free features) yang dinyatakan dalam pakej adalah bergantung kepada keadaan semasa seperti cuaca, masa shooting, keadaan lokasi, atau faktor teknikal lain.
B. Sekiranya mana-mana free feature tidak dapat dijalankan disebabkan faktor luar kawalan seperti hujan, kesuntukan masa, kekangan lokasi, atau isu logistik, pelanggan tidak berhak menuntut sebarang refund atau ganti rugi dalam apa jua bentuk.
C. Free features disediakan sebagai nilai tambah percuma (complimentary value), bukan sebagai komponen berbayar dalam kontrak perkhidmatan.
(All complimentary features are subject to real-time conditions such as weather, shooting schedule, venue constraints, or technical limitations. If such complimentary features cannot be provided due to uncontrollable factors—e.g., rain, time limitations, venue restrictions, or logistical issues—the client shall not be entitled to any refund or compensation of any kind. Complimentary features are provided as added value, not as a paid service component.)
7. Additional Shooting Time / Masa Tambahan Shooting
Sebarang masa tambahan yang diberikan oleh pihak TheWeeksn Studio di luar daripada jumlah jam yang dinyatakan dalam pakej adalah atas budi bicara penuh pihak kami dan diberikan sebagai nilai tambahan (bonus) kepada pelanggan.
(Any additional shooting time provided by TheWeeksn Studio beyond the total hours stated in the package is granted solely at our discretion and considered a complimentary bonus.)
Masa tambahan tersebut tidak dianggap sebagai hak pelanggan, dan oleh itu:
• Ia tidak boleh dituntut, dikira sebagai kredit, atau ditebus (redeemed) pada tarikh lain atau sesi akan datang; dan
• Pihak pelanggan tidak berhak menuntut refund, potongan harga, atau ganti rugi sekiranya masa tambahan tersebut tidak diberikan atau dihentikan atas sebab munasabah.
(Such additional time shall not be considered a client entitlement and therefore cannot be claimed, credited, or redeemed for future sessions. The client shall not be entitled to any refund, discount, or compensation should the additional time not be granted or be discontinued for any reasonable cause.)
8. Delivery Time & Editing Policy / Polisi Masa Penghantaran & Suntingan
8.i. Fokus Utama / Main Focus
Fokus utama TheWeeksn Studio ialah memastikan semua hasil video disiapkan semasa tempoh hype perkahwinan, kerana misi kami adalah untuk memastikan setiap pasangan dapat menikmati kenangan mereka ketika suasana masih hype dan bermakna.
(Our primary focus is to ensure all deliverables are completed within the wedding’s emotional and celebratory period, allowing clients to relive their moments while the excitement is still fresh.)

8.ii. Tempoh Siap Deliverables / Delivery Timeline
Semua deliverables akan disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja (business days) selepas majlis berlangsung.
(All deliverables shall be completed within fourteen (14) business days after the wedding event.)

8.iii. Kualiti & Gaya Suntingan / Quality and Editing Style
Team kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan hasil yang terbaru, terbaik, dan paling aesthetic, selaras dengan gaya produksi kami.
(Our team continuously strives to produce work that reflects our most updated, refined, and aesthetic standards in line with our creative direction.)

8.iv. Same Day Edit (SDE) & Teaser Delivery
Sekiranya Same Day Edit (SDE) untuk tayangan sanding tidak disiapkan pada hari majlis, maka teaser video akan dihantar pada hari Isnin berikutnya selepas majlis.
(If the Same Day Edit is not prepared for the wedding reception screening, the teaser video will be delivered on the following Monday after the event.)

8.v. Highlights Editing Timeline
Setelah teaser disiapkan, fokus suntingan akan beralih kepada Highlight Video, yang perlu disiapkan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas majlis.
(After the teaser delivery, the editing focus will shift to the Highlight Video, which shall be completed within fourteen (14) business days.)

8.vi. Fast Editing Request / Permintaan Suntingan Pantas
Sekiranya pelanggan ingin Fast Editing (Highlight siap dalam masa 5 hari bekerja), permintaan boleh dibuat terlebih dahulu dan caj tambahan akan dikenakan.
(Should the client request Fast Editing, with Highlights to be completed within five (5) business days, an additional fee shall apply.)

Back to Top